wah.. baju baru sudah. kasut baru sudah. kuih muih pun sudah. segala persiapan raya hampir selesai. namun, kenapa tiada keghairahan untuk menyambut syawal? sudah masuk tahun ke-4 aku langsung tiada rasa kemeriahan berhari raya. tiada ayah di pagi raya? ayah yang hanya muncul setelah selesai sembahyang raya? akan tetapi tahun ini dia bersama kami, namun mungkin hatiku sudah kaku, sudah beku untuk merasai kemeriahan ini. hati sudah tawar kerana sudah lama tiada bahagia. hati sudah layu kerana tiada gelak tawa. ya, kami masih seperti dulu. mungkin. saling tertawa. seakan-akan bahagia. namun, bahagiakah kami? atau hanya aku yang terlebih merasa?
aku rasa kosong. aku rasa sesat. salah aku kah? bukan ku pinta untuk berjiwa sebegini. namun, titik-titik hitam sudah mula kelihatan dalam hidupku. aku rasa aku semakin musnah...