Thursday, September 20, 2012

She's ONE!!

ERMMMEHHGERD... (OMG)

Lama xjenguk blog sendiri. aku ni xlayak nak berblog-blog nih rasanya.. huhu bile ngah lapang, xde bende nak cite pun.. rasanya pasni aku cite banyak pasal princess aku je la ye.



nik athirah zahra




Puteri kami ni baru je genap setahun.. alhamdulillah.. maka genap jugaklah setahun aku breastfeed anak aku ni.. syukur ke hadrat-Mu atas rezeki yang Kau turunkan..

Majlis yang kami buat, kecil-kecilan saja. kena plak bday die dalam syawal, maka kami buat ala2 makan-makan raya. nak buat gempaq2 tepi pool ke, ballroom ke, ape ke, mmg x mampu la. kami pun berpendapat, she's one. bukan ada memory pun.yes, memory boleh didokumenkan thru pictures or video, tapi why waste if we can spend those money on other purposes? unless you guys already have too much money to spend, so its ok la.

so we decided to invite close relatives and friends. n neighbour. why neighbour? its not nice to have a party without inviting them. terkulat2 diorang bau bbq kang.. dosa ok? itu pun xsemua relatives dapat dijemput. untuk elakkan sebarang kecil hati, kami hide kan guest list kami.

food!! what's the menu? we've planned to keep it simple but turned out everything is off the budget. no lamb bbq that day ok. ONLY below:

satay kambing, daging, ayam


chicken wing (bbq), sausages, nuggets


roti jala

laksam

 and we also have not-so-singaporean mihun and nasi impit to have with rendang kerang n kuah kacang. no picture.

as for the desert n sweets:
this is THE birthday cake!
apam ladybug VS bee

sponge cheesecake
agar-agar sirap
some keropok n chocolates!
ladybug keychain for the ladies, goodie bags for the kids, none for gentlemen



some random picture ibu berjaya snap walaupun busy..:


pasukan bbq

haip..kipas pat!

anak ibu men pedang

teacher2 taska datang, terus xheran ibu

nenek n mama

err another grandbaby perhaps? hahaha tungga la..

BBQ!

morning!

Hadiah dari nenek, mama, pakcu n ateh!

sayang mama ye?
yes, that boy on the picture above, called me 'ibu'. since his mama, sambung study di johor, dia n akak dia, panggil aku ibu. its ok. aku memang anggap macam anak sendiri pun. and we've decided (me n their mama) untuk anak2 aku lak panggil akak aku tu mama. kongsi anak. xsalah kan? :)

to summorize, PENAT, HAPPY, EXCITING, BEST MEMORY EVER!!!!!

and for Athirah,
thank you for coming to our life. ibu and babah sayang sangat2 kat Athirah.
dah puas manje ke lom? kalau dah, leh la tambah lagi kan? hehehe ok la.

that's all.
Salam..

Friday, June 15, 2012

C.H.E.A.P.S.K.A.T.E

I'm a very cheapskate person when it comes to fashion. i dont have any style or should i say selekeh is the only my style. nah.. i lie. but i dont lie bout cheapskate part. the most expensive item i have ever bought with my own money is my stilleto. 4.5 inch black stilletto for my graduation. willing to stand up in queue around 4hours before my turn to naik pentas amek fake scroll. trust me its not expensive enough. the carlo rino stilletto only cost me around rm100-120 i guess. perfume? one time only. givenchy lovely prism, only rm170++ if im not mistaken. watch? nah.. i have hp, why bother to buy expensive watch. what else.. contact lens.. rm250 n i beli sekali saje ok. haha rela i pakai spek. handbag, sembonia, around rm100++. haha.. i told u. im not a branded girl. why buy fake handbags? xsanggup kalau semata2 nak berlagak okay...

until la i n hubby sibuk beli barang2 untuk hantaran.. orang tanya, xbagi hp ke ipad ke kamera ke.. huhu hubby dah beli semua tu siap2 before kawen. hp n kamera. xperlu la nak letak atas hantaran nak tunjuk2 kat orang kpg yg beli hp mahal. hantaran kami simple je. baju, quran, manisan blah blah blah.. ape yg mahal e? hurm...

okay, since its the wedding gift, so i agree to naikkan nilai2 barang2 hantaran. even en hubby mintak platinum, amboi!! no no okay..! cincin je pon. kite bukan omputih, cabut cincin maknanya cerai. orang india, cabut 'thali' maknanya cerai. kita islam. Yes, itu semua simbolik, tanda cinta terikat. but i do appreciate all the gold2 u gave. i lovvve them. hahah jahat x? i cheapskate, remember? utk en hubby yg mahal2 adalah jam, baju kawen, n ring. batu special n sgt rare batu itu okay? ikhlas ;) 

ask for me, i brjaya mmbawa pulang handbag + shoe, of course carlo rino (as brand luar sangat mahal) for almost 600 je. n watch yg lebih mahal compare to the one i gave u. 

sampai la ketibaan puteri ibu, athirah. ibu jadi meroyan barang2 mahal.. hahah amek.. tp xde la mahal2 cm orang2 kaya.. xde la pakai stroller mclaren, quinny bagai.. mahal bagi istilah ibu adalah lebih mahal berbanding ape yg ibu beli utk diri ibu sendiri. hehehe ;)

stroller pun dah 2 3 kali ganda harga kasut ibu. itu pun nenek bagi. walker ibu beli pun rm300. ade emas kot kt walker awak. siap beli warmer+ sterilizer. xperlu pon sme tu. baju2 toksah cakap. ibu pun pakai voir rm50 je. awak nye baju... zara ok. gile la ibu awak. 

what im trying to say here is, no matter how hard u try to be a cheapskate for the rest of ur life, but when it comes to your baby, you can't. you just can't. doesnt hurt u a bit at all watching ur daughter wearing nice clothes, fancy walker, glamorous toys even u dont have enough clothes to put on. 

they are your pride n joys. 
they are MY pride joys. hope for me dreams.

love.

Thursday, December 22, 2011

cepatnye..

sekelip mata kita dah kat hujung tahun 2011. cepatkan? aku pun xsedar. laju sgt masa berlalu. tahun yg penuh ngan macam2 cerita duka namun alhamdulillah n insya Allah, diakhiri dgn bahagia.

awal tahun dimulakan dgn sambutan tahun baru. 1st time aku celeb new year sepanjang hidup aku. and aku sambut dgn SUAMI aku. siap kena tangkap basah, namun dgn bangga kami flash kad nikah kami. HALAL ok? right on bday hubby, dapat berita baik. i was pregnant. Syukur sgt2.

mula bulan 2, morning sickness menyerang. DENGAN SANGAT2 TEROK. i lost my job. kluar masuk hosp due to dehydration. 3 4 ari xleh makan. kena buatan. semua ni buatkan rumahtangga aku goyah.. sedih.. bday aku pun aku sambut sendiri... 3 4 bulan aku lalui dgn titisan air mata. dapat pula berita mak dapat kanser. sedih sgt2..

tiba bulan june, everything back to normal. at first. bagai telur di hujung tanduk. namun ku gagahi gak. 2 3 bln di lalui dgn penuh konflik. 3 ari sebelum puasa, mak kena operate. aku plak sarat. tapi aku tetap nak teman mak aku di hospital. lebih 1minggu aku tidur kat kerusi malas je di hospital. berkat kot, sekali pun pinggang aku xpernah sakit. alhamdulillah aku sihat.

syukur pembedahan mak berjaya. 12 sel kanser telah di buang di bahagian payudara. namun masih ade 3 sel kanser masih belum dibuang di bahagian paru2. doktor hanya mencadangkan untuk meneruskan rawatan kimo dan diteruskan dengan rawatan radioterapi. tiada apa yang kami sekeluarga boleh harapkan melainkan mak kembali sihat seperti dulu.

rumahtangga ku kembali bertapak. 1 demi 1 sesi kaunseling kami ikuti. ya, kami kenal hampir 13 tahun, bersama hampir 7 tahun, namun mungkin itu masih tidak cukup untuk kami lebih kenal hati budi masing2.

tepat 7september2011, pada 1153mlm, aku lahirkan seorang puteri comel yg ku beri nama Nik Athirah Zahra. pelengkap hidup kami. terima kasih Allah..

baru2 ini kami kembali dikejutkan dengan berita kanser mak di paru2 merebak dan membesar dengan cepat. menitis air mata aku. Ya Allah, begitu besar dugaan Kau berikan pada kami sekeluarga. aku cuba untuk redha, namun Tuhan sahaja yg tau betapa peritnya hati ini. Paru2 tidak boleh dibuang. hanya boleh dibuat rawatan kimo. kami sudah tidak percaya pada kimo. ye la. dulu kimo, siap membesar dengan cepat. dari hanya sebesar guli, kanser membengkak menjadi sebesar bola tenis. mak sudah hampir berputus asa. mak dah xnak kimo. kesan kimo masih menjadi trauma buat mak. tapi apa lagi yg kami boleh buat. hanya kimo sahaja pilihan yg ada...


Awal tahun ini, aku mulakan dengan gelak tawa, suka2.. mudahan tidak ku akhiri dengan tangisan air mata.. Ya Allah, selamatkan ibu ku.. pulihkan ibu seperti sediakala.. Kau Maha Berkuasa, Maha Penyembuh.. Pulihkan ibu ku Ya Allah...

Aku tahu, langit tidak selalu cerah, awan tidak selalunya mendung. aku hanya boleh mendoakan yg terbaik buat kami sekeluarga..


Amin..

Tuesday, June 28, 2011

Kelantan trip (aktiviti)

Day 1 - 24 june 2011

kalau ikutkan takleh nk kire day 1 pun. sbb dah malam. tunggu hubby balik keje, around 8pm. rushing call cab utk ke subang airport lak. seb sempat sampai kol 830pm. terus check in pe sme. flight kol 915pm, tp delayed jadi 930pm. lepak jap kt starbucks. order extra coffee frap, tiramisu ngan croissant. sedap!! sampai masa, trus boarding. nervous sgt sbb takut jadi pape. ye la, aku ni ngandung. tapi terus tawakal. doa tak putus2. muka cool je, dalam hati, dup dap dup dap..


Photobucket
subang airport


Photobucket
cool x muke saye.. hati nervous..


alhamdulillah selamat sampai je kota bahru airport around 1040pm. mama daddy dah tunggu kt pick up lane. terus ke ketereh. dalam 30minit sampai. cik su dan anak die, nadia, dah tunggu. 1st time tgk rumah pusaka hubby. selalu hubby bg tgk gambar je. terasa suasana kampung. seronok je. sampai2 je, sembang2 jap, makan 'nasi berlauk'.. share ngan hubby, sedap!! pastu makan durian. pastu tido. esoknye banyak program. so kena la rehat. ye ke terus tido? ;)



Day 2 - 25 june 2011

1st time awal2 subuh mandi guna air telaga. tak payah la tanya kalau dah tau sejuk, nape nak mandi pagi2. hahaha nanti2 korang tau la ;) nasib kat sana pam direct dari telaga g ke toilet. kalau x, berkemban la aku kat telaga subuh2 tu. dah maju, aku je tak tau. jirusan pertama, mak oiii!!! sejok!!! refreshing tp menggigil...

pas smyg subuh, ikut mama, hubby ngan cik su beli breakfast.. hahah semua aku nak makan! so, atas kerjasama hubby, kami berdua setuju share, 'nasi berlauk' n nasi dagang. tapi nasi kerabu sorang satu. n nasi lemak gak utk aku. nasi dagang tak sempat makan sbb kenyang sangat. aku makan nasi kerabu ngan nasi lemak, hubby makan nasi berlauk (aku amek gak sikit kt dia) ngan nasi kerabu. nasi dagang simpan dulu. tak masuk kuih2 lagi ye.. sedap!!!

sementara tunggu kol 10am nk siap2 keluar, aku tertidur kt kerusi. sedar2 hubby dah ilang kt sebelah. upenya dok bersila sorang2 atas lantai, makan durian. ceh! xajak!!

around 11am, semua dah siap berbaju melayu dan baju kurung. aku je pakai maxi sbb baju kurung xmuat dah. mak buyong, so paham2 je la ye.. siap untuk ke rumak pak nik ngan mak nik.. adik mama. diorang buatkan solat hajat dan doa selamat untuk aku, hubby dan baby yg bakal lahir ni. mekasih sgt2.. baik gile.. lauk? sedap yg amat..! tapi sbb terlalu sibuk layan orang, xamek gmbar pun sekitar majlis. amek pun gmbr berdua. dlm bilik tuan rumah. sabar je la. hahaha..


Photobucket
bergambar di bilik tuan rumah...

setel majlis, dalam kol 5 or 6 ptg kot. trus balik. tapi daddy decide nak ke kebun durian jap. kutip durian. sblm ke kebun singgah jap ke pasar ketereh. sopin sikit. baju nak masuk kebun xde. murah woo.. cantik2 baju, 2 psg baju n seluar aku n hubby baru rm70. tapi baju ni utk pakai esok nye la. yg nak g ni, masuk je ngn baju melayu n maxi ni je.

terus ke kebun. lawa2 mekap, masuk kebun. glamor u all!! haha mula2 daddy suruh tggu kt kereta je. ye la, approaching senje, x elok aku masuk kebun. tapi last2 daddy panggil gak. alhamdulillah, tak jadi pape. ayat kursi jadi pendinding. sakan tengok durian. banyak sangat. tapi tak gugur lagi. ade la yg gugur sikit2. syukur daripada takde langsung kan? dup! durian jatuh. malang skali, aku je yg x dengar. semua orang dgr. bengang tol!! xkire, sok nak g lagi, n slagi tak dengar bunyi durian gugur, xmo balik!


Photobucket


sebelum balik, singgah jap ke rumah nenek hubby yg ngah sakit tua. sampai je rumah, terus mandi n smyg. n abiskan nasi dagang pagi td. elok lagi. sebab nak g ke rumah cik nin lak untuk dinner. sampai umah cik nin, dah siap lauk ikan patin lemak tempoyak! ikan keli goreng. keli ternak sendiri ok? skali ngan lauk tengahari masa kenduri td. ayah ngoh kopekkan durian, satu pinggan besar durian. amboi.. meriah sungguh! walaupun isi kurang menjadi, tapi rasa berbaloi gak la rasa lemak nya durian tu.. kekenyangan dan keletihan, hubby tersandar kt sofa pastu tertidur. terus daddy ajak kami semua balik. sakan sangat bersembang, tak sedar dah lewat sangat..

kat rumah, mata jadi segar balik. makan2 sikit. aku lupa aku makan ape. sbb dah terlalu banyak makan. hahahaha... pastu terus tido.. terus tido ok.. so, pagi sok nye, xde la kena mandi awal2 subuh! hahaha ;)



Day 3 - 26 june 2011

hari terakhir kat sana. and hari yang paling sibuk. kot. kene berkejar ke sana sini. pagi bangun cam biasa. tp kali ni terus ke rumah cik nin untuk breakfast. pakai baju baru. uniform nk masuk kebun.

kali ni, segan sikit nak makan banyak. so aku ngan hubby makan nasi campur (nasi berlauk + nasi dagang) sorang sebungkus. lapa lagi. so kitorang share sebungkus lagi nasi dagang sahaja. cuk
up kot. sembang2 sikit. sedar2 dah kol 9 lebih. cik su nak kena naik bas. so jalan kaki ke bus stop, untuk hantar cik su ngan nadia. bas lambat sampai. lama gak kitorang tunggu, last2 give up. tinggalkan je cik su n nadia sbb banyak plan ari ni. pastu terus ke 'kilang' kerepek cik nin. kat lua kilang tu ade kolah ikan keli ayah ngoh. laki bini kuat bisnes. dapat makan kerepek panas2. sedap!!

setel dalam 15mnt kot kat sane, terus ke kebun pertama. rupanya ada banyak kebun, tapi sebab masa singkat, sempat visit 2 kebun sahaja. sebabkan daddy tau aku xdapat dengar bunyi durian semalam, daddy buat2 baling durian. dup!! aku dah excited. tapi tgk daddy tahan gelak, sabar je la. hidup2 kene tipu. hahahaha xkire! tapi memang tak lama pastu, dup!! jatuh betul2.. dengar gak.. hahahaha suke!!

aku la yang paling kurang kerja. kutip ada la 2 3 biji je. kecik2 lak tu. pastu keje posing je. hahaha pacat siap naik kaki aku. darah kotor banyak ni, katenya kot. pastu aku la yang cari air dulu. kepenatan. sabar je la korang2 ye.. ayah ngoh siap bersila atas tanah, bukak durian. pergh.... sedap. cuma isi masih keras. so, aku tak makan banyak la. aku suke lembut2. pastu head to kebun ke 2 utk kutip limau nipis.. gile banyak.. tapi aku pitam. so aku duk je kt pondok. hubby n lain2 yg g kutip.



Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket


dah puas kutip, balik umah. mama dah pesan, takleh tido or rehat. terus packing barang, sbb kami terus ke kota bahru, n siap2 untuk flight malam ni di rumah maksu mah. so, kelam kabut la kami berdua packing.. ye ke packing je? ;) hahaha kene marah sbb lambat siap. sbb nak kene g pasir mas dulu ke rumah cik nun untuk lunch. tapi sempat gak bergambar.

Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

sampai umah cik nun, dah siap nasi kerabu hitam.
dah kebulor dah ni. tapi muka maintain cun..hahaha jgn terkejut. bukan kaler die hitam. tapi biru la cam yg kite selalu jupe tu. sedap sangat. sekali amek, tinggi je nasi aku. ayam pun sedap. bertambah2.. mmg sedap!!

pas smyg zohor, masa tu dah kol 4 kot, rushing ke pasar siti khadijah. sopinkn untuk mak. kelam kabut gak pilih baju..

pastu g rumah kakak ipar daddy (isteri abg daddy yg dah ninggal) and umah kakak sulung daddy. sebak je masa die tau kitorang datang.. sedih la plak.. sakit tua jugak.. xleh lama kat sane, sbb sepatutnya b4 maghrib dah kene ke rumah mak su mah. ye la. kene ada kat airport b4 10pm. tapi dah azan maghrib, baru kami gerak ke rumah mak su mah. lebih kurang 15-25mnt dari rumah mak long.

sampai je rumah maksu mah, dah hampir kol 8. mandi n smyg siap2. masa hubby mandi, sempat gak baring jap. lege pinggang jap. 830mlm, dinner. skali lagi aku makan banyak. sbb aku mmg suke nasi kerabu. ayam percik die pun sedap.. aku berebut kaki ayam ngan daddy. hehehe ;) makan punya makan, sedar2 dah hampir 915mlm.. salam2 pe semua.. masuk kete, terus ke airport..

sampai di airport, terus check in. alhamdulillah sempat. say bye to mama daddy. then terus boarding. mama daddy balik naik kl esok pagi. sekali lagi, aku nervous mase nak naik flight. perut keras. ibu terlebih makan kot..

Photobucket Photobucket Photobucket

terkena pulak cuaca buruk.. kilat kiri kanan.. kena pulak mamat 2 ekor depan aku, leh main hp. sms n fb lak tu. aku rasa nak baling batu je. tak paham2 cuaca ngah tak elok.. tapi alhamdulillah, safely arrived at subang airport at 1145pm.. berkejar dapatkan cab.. sampai rumah, jam dah kol 1230malam...

Photobucket Photobucket


terbaring keletihan.. yang amat.. tapi agak bebaloi sbb aku enjoy. seronok dapat cuba perkara2 yg aku tak pernah buat.. g kebun pe sme.. walaupun geram ngan tiket yg mahal plus masa yg sangat singkat, tapi agak berbaloi jugak kenangan2 bercuti di sana..

esok pagi nye, amek ko! 5 load baju nak kena basuh.. demam!!!


thanx for the exp =) walaupun terlepas bercuti ke sg klah, tapi takpe la. yg kt cni pun enjoy jugak!!!!



Kelantan trip

Secara jujurnya, memang aku tak pernah jejak kan kaki ke kampung hubby aku. pernah ke kelantan, tapi dah lebih kurang 13 tahun yg lepas. orang tanya since kawen, tak pernah g ke? ya. tak pernah. kenapa? macam2 reason tapi bukan excuse =)

pas kawen je, masing2 baru stat keje. aku pun kontrak lagi. mane leh suke2 apply cuti. mase tu tak terpike pun nk balik hujung minggu je sbb jauh tempatnya, n agak rugi balik utk 2 3 hari je. so masing2 simpan cuti, untuk balik kpg. mase tu pun dah ujung tahun n musim banjir..

awal tahun je. aku stat mabuk2. baru aku tau perut aku dah berisi. mabuk terok smpai 3 4 bulan terlantar. kalau ini nak dikatakan alasan taknak balik sane, maaf la. kalau aku taknak balik, aku cakap je tak nak. takkan aku saje2 nak risikokan keje aku utk buat alasan bodoh. bulan 2, aku benti keje, sbb terlalu mabuk. banyak kali masuk hospital.

hilang je mabuk, kandungan dah berusia 5bulan. kehidupan suami isteri baru nak pulih. hubby dapat offer keje. alhamdulillah. tapi masih dalam peringkat percubaan. so xleh apply cuti. nak balik time raya pun xleh sbb due dah dekat. so, idea untuk balik kampung, terpaksa tolak ke tepi dulu.

akhirnya, ntah camne, idea tersebut terpaksa difikirkan kembali sbb ramai sudah mula bertanya. atas faktor kesihatan, aku tak boleh naik kereta lama2. nak naik flight, kandungan dah masuk trimester ketiga. jadi, aku terpaksa memberanikan diri, naik je flight. tawakal je banyak2... mekasih mama sbb sponsor tiket menantu dia ni. hehe tiket mahal woo.. leh g sabah or sarawak naik MAS gitu.. tapi sbb nak naik kt subang sbb hubby keje jumaat tu, kalau ke klia or lcct mmg xsempat, terpaksa gak amek firefly. mmg tak bebaloi. harga mahal tp xde meal. ceh.. lapa tau! tapi takpe. nak duk dalam kete 9 jam, memang leh meletup pinggang.. so naik je la flight sejam tu. thanx again mama.. mama kate ni adiah untuk honeymoon. haha ok la. kire honeymoon jugak la ni kan..

so, trip ke sana ambil masa hanya 3 hari. 24june-26june sahaja. again. takpuas ati ok? tiket mahal2, g jap je. makan kat sane pun tak puas tau!! haha walaupun bercampur sedikit rasa kecewa tak dapat join family aku piknik kt sg klah sungkai, n aku plak suke gile mandi sungai, tapi takpe la. anggap je la tu opportunity cost aku.. wah.. keluar dah bahasa ekonomi!


next post la baru aku cerita aktiviti aku kat sana k..

Tuesday, June 14, 2011

takde idea..

lama nye aku tak update kan? asyik cite sedih je. makin sedih je rasa tiap kali buat new entry. biasa la. bak kate orang, "langit tak selalu cerah".

well, mcm tu la hidup aku. kejap cerah, kejap mendung, kejap ribut. aku pun tak tau cuaca hidup aku ape skrg. tapi skrg ni rasa cuaca kurang menentu. cepat sgt ributnye, tapi cepat jugak cerah kembali. mula2 rasa payah sekali, rasa hampir nak give up. tapi bila dah kembali tenang, baru lah leh fikir dengan waras. fikir yg semua tu hanya perlukan kesabaran. yes, tak dinafikan air mata masih terlibat dalam drama ni. namun itulah pengubat hati. kadang2 rasa cm senangnya air mata ini mengalir. tp itu saja lah yang aku boleh buat. nak aku buat ape lagi?

perut aku makin besar, macam tu gak la tanggungjawab aku. makin besar. skrg ni makin kerap baby gerak. suka sgt tgk perut goyang sendiri. seronok sgt. tak sabar rasanya nak sopin brg baby. hahaha comey2 je tgk brg baby kt mall. nk beli!!!!

Saturday, April 16, 2011

air mata di hari lahir..

dalam setiap tawa, pasti ada tangisan
dalam setiap suka, pasti ada duka
dalam setiap senyuman, pasti ada air mata..

menitis air mata ku subuh ini bila tangan di tadah tanda kesyukuran.. terima kasih Allah kerana mengizinkan hamba mu ini untuk bernafas setahun lagi.. syukur ke hadrat Mu kerana memberikan hadiah terbaik untuk hamba Mu yang hina ini..

air mata menitis lagi ketika ku usap perut ini.. terima kasih sayang atas hadiah ini. kaulah permata hati ibu. kaulah pengubat luka di hati ibu. tidak sabar ibu mahu mendukung kamu.. mengucup dahi kamu.. memeluk kamu sayang..

namun, air mata tetap menitis pabila terkenang saat hari lahir ku rasa kesunyian.. ku lihat kiri kanan.. keluargaku berkumpul.. walaupun mereka tahu siapa aku, buruknya aku, mereka tetap menerimaku.. dan kini mereka sedaya upaya menghiburkan hati kecil ini supaya menikmati hari lahirku.. terima kasih mak.. terima kasih abah.. terima kasih semua..

mak, jika yana diberikan hanya satu hajat yang pasti ditunaikan, tiada apa lagi yang mampu yana minta.. kalian sudah banyak berkorban untuk diri ini..

Ya Allah, kau sembuhkan lah ibu ku dari barah itu.. sudah cukup musibah yang menimpa keluarga ini.. terlalu banyak ujian kau beri pada ibu ku.. tidak ku nafikan, ibu ku tidak sempurna. namun, ibu ku lah insan paling tabah yang aku pernah jumpa.. satu persatu dugaan Kau berikan pada ibu.. ibuku berjaya atasi walau terdapat banyak kelemahan dalam setiap tindakan nya.. hati ku terguris di kala ibu ku melafazkan berita mengenai barah yang dihidapi nya. ku lihat air mata nya bergenang tanpa gugur ke pipi.. Ya Allah, sungguh tabah wanita ini.. kau berikanlah ibu ku kekuatan.. kau berikanlah ibu ku kebahagiaan dunia dan akhirat... ku masih menangis mengenangkan nasib ibu ku..

alhamdulillah.. ku bersyukur pada Mu atas kesihatan yang kau berikan ini di hari lahirku.. mungkin sudah tiba waktunya untuk aku belajar untuk senyum kembali.. ku lihat dia sudah senyum.. air mata tolong berhenti.. hati ini sudah penat menangis untuknya.. sudah penat menangis mendoakan dia kembali.. dia sudah tidak peduli..

sudah la hati ku.. jangan kau tangisi lagi.. fikirlah anak dalam kandungan mu ini.. pasti dia juga merasakan apa yang kau rasakan.. adakah kau mahu anak ini sentiasa dalam kesedihan..? adakah kau mahu anak ini juga mudah menangis..? anak ini mengerti apa isi hati ibunya.. tidakkah kau mahu anak ini gembira dengan kehadirannya?

ibu gembira kamu ada sayang.. ibu tidak pernah berhenti berdoa, sudah cukup cinta ibu Allah ambil, jangan kamu pula yang diambil dari ibu.. ibu sudah tiada apa.. kamu saja yang buat ibu kuat sayang..

malam makin menyusul.. ku susuli dengan lafaz syukur.. syukur ke hadrat Mu kerana mengizinkan lagi aku bernafas.. menghirup udara Mu.. menikmati dunia Mu..

aku bersyukur, doa ku termakbul.. aku mohon kekuatan.. tanpaku sedar, Kau telah berikannya padaku.. jika aku tidak kuat, masakan aku masih di sini melafaz syukur pada mu..

ampun kan aku ya Allah..
kerana pernah menangis mempersoalkan mengapa ujian demi ujian Kau beri padaku..
aku bersalah pada Mu..

aku sepatutnya bersyukur.. kerana tanpa sedar Kau telah berikan segala-galanya padaku..

Kau berikan ku peluang untuk menjadi seorang anak.. seorang isteri.. seorang ibu..
Kau berikan ku keluarga yang menyayangi diriku walau siapa diri ku yang sebenar..
Kau berikan ku teman-teman yang sentiasa berada di sisi aku di kala kesusahan..
Kau berikan ku rasa indahnya erti cinta sebenar..
Kau berikan aku ketabahan yang aku sendiri tidak pernah rasai..
Dan tidak semua wanita kau berikan peluang itu.. aku bersyukur pada Mu Allah atas segala nikmat yang Kau berikan.


Alhamdulillah...


sayang,

yanna..