Wednesday, April 28, 2010

farewell..

tanggal 28 april 2010, tamat la sudah paper terakhir aku untuk semester ini. dan mudahan, tamatlah pengajian aku dan berjaya untuk bergraduasi. amin...

pelik, semua orang bile dah final paper, mesti rase nak jerit, nk lompat, nak enjoy. tapi bukan aku. aku tak rasa merdeka sgt..

aku taknak la letak harapan yang tinggi. in fact, aku macam dah xde harapan sangat. 2 3 paper aku tak dapat jawab langsung. kalau midterm aku skor, or projek bagus, or anta tutorial, xpe la jugak. ni x. memang bergantung semata-mata kt final. tapi nak menangis air mata darah sekalipun, kalau lecturer dah berhati batu, tetap lah berhati batu.. takkan nak nye die tolong aku.

tapi xpe la. walaupun efek nye nanti besar, tapi aku cuba sedaya upaya untuk pasrah dan cuba mulakan hidup yang baru. aku akan cuba pegang kata-kata "gagal sekali, tak bermakna akan gagal selama-lamanya". walaupun hati tak berapa percaya sangat kata-kata tu, tapi aku cuba. selain nya, aku serahkan saja pada Allah SWT. kalau Dia kate aku gagal, gagal la aku. kalau lulus, lulus la aku. walaupun kegagalan itu pahit, tapi aku harus percaya, setiap kejadian ada hikmahnya. aku mesti cube pasrah dan belajar dari kesilapan..

ape plan aku pasni ek? sementara nak tunggu result.. ape lagi. keje la beb. alaa.. keje kt 7e ke mcD ke mane2 je. sape nk bagi ko at least rm800 sebulan free2 kalau ko dok umah je? at least dapat la belanja shopping. waaa... lama x shopping. selama ni shopping online je. malas nk kuar sbb takut lagi banyak duit abis ;-)

tapi papepun, aku stat carik keje pas balik dari kenduri kawen kawan baik aku, nazirah. ko la kebarangkalian paling sikit kalau nk kapel kt skola mahupun matrik. sekali, abis je uia, ko dah nak kawen. hahaha syabas!! x sabar nak tgk ko nek pelamin. eh ade pelamin x?

apa-apapun, in advance, aku mendoakan kebahagian kau dan suami sampai ke akhir hayat.. selamat menikmati pahit manis kehidupan berkeluarga. bukan mudah, bukan susah. yang penting, bersefahaman. saling mengalah. tak perlu ego yang tinggi. sama2 bekerjasama. dan saling sabar apabila pasangan kita sedang mengalami emosi yang kurang stabil (maksudnya angin ngah x elok!)

ok la. ni post terakhir dari aku untuk semester ni. umah xde tenet lagi, so ssh la nk update. promise akan update bile dpt tenet! hehe


good luck in everything u do.
gapailah kegembiraan kerana kegembiraan takkan datang sendiri pada kamu.


doa kan yang terbaik untuk saya, kamu dan semua.

Salam :-)

No comments:

Post a Comment