Thursday, December 22, 2011

cepatnye..

sekelip mata kita dah kat hujung tahun 2011. cepatkan? aku pun xsedar. laju sgt masa berlalu. tahun yg penuh ngan macam2 cerita duka namun alhamdulillah n insya Allah, diakhiri dgn bahagia.

awal tahun dimulakan dgn sambutan tahun baru. 1st time aku celeb new year sepanjang hidup aku. and aku sambut dgn SUAMI aku. siap kena tangkap basah, namun dgn bangga kami flash kad nikah kami. HALAL ok? right on bday hubby, dapat berita baik. i was pregnant. Syukur sgt2.

mula bulan 2, morning sickness menyerang. DENGAN SANGAT2 TEROK. i lost my job. kluar masuk hosp due to dehydration. 3 4 ari xleh makan. kena buatan. semua ni buatkan rumahtangga aku goyah.. sedih.. bday aku pun aku sambut sendiri... 3 4 bulan aku lalui dgn titisan air mata. dapat pula berita mak dapat kanser. sedih sgt2..

tiba bulan june, everything back to normal. at first. bagai telur di hujung tanduk. namun ku gagahi gak. 2 3 bln di lalui dgn penuh konflik. 3 ari sebelum puasa, mak kena operate. aku plak sarat. tapi aku tetap nak teman mak aku di hospital. lebih 1minggu aku tidur kat kerusi malas je di hospital. berkat kot, sekali pun pinggang aku xpernah sakit. alhamdulillah aku sihat.

syukur pembedahan mak berjaya. 12 sel kanser telah di buang di bahagian payudara. namun masih ade 3 sel kanser masih belum dibuang di bahagian paru2. doktor hanya mencadangkan untuk meneruskan rawatan kimo dan diteruskan dengan rawatan radioterapi. tiada apa yang kami sekeluarga boleh harapkan melainkan mak kembali sihat seperti dulu.

rumahtangga ku kembali bertapak. 1 demi 1 sesi kaunseling kami ikuti. ya, kami kenal hampir 13 tahun, bersama hampir 7 tahun, namun mungkin itu masih tidak cukup untuk kami lebih kenal hati budi masing2.

tepat 7september2011, pada 1153mlm, aku lahirkan seorang puteri comel yg ku beri nama Nik Athirah Zahra. pelengkap hidup kami. terima kasih Allah..

baru2 ini kami kembali dikejutkan dengan berita kanser mak di paru2 merebak dan membesar dengan cepat. menitis air mata aku. Ya Allah, begitu besar dugaan Kau berikan pada kami sekeluarga. aku cuba untuk redha, namun Tuhan sahaja yg tau betapa peritnya hati ini. Paru2 tidak boleh dibuang. hanya boleh dibuat rawatan kimo. kami sudah tidak percaya pada kimo. ye la. dulu kimo, siap membesar dengan cepat. dari hanya sebesar guli, kanser membengkak menjadi sebesar bola tenis. mak sudah hampir berputus asa. mak dah xnak kimo. kesan kimo masih menjadi trauma buat mak. tapi apa lagi yg kami boleh buat. hanya kimo sahaja pilihan yg ada...


Awal tahun ini, aku mulakan dengan gelak tawa, suka2.. mudahan tidak ku akhiri dengan tangisan air mata.. Ya Allah, selamatkan ibu ku.. pulihkan ibu seperti sediakala.. Kau Maha Berkuasa, Maha Penyembuh.. Pulihkan ibu ku Ya Allah...

Aku tahu, langit tidak selalu cerah, awan tidak selalunya mendung. aku hanya boleh mendoakan yg terbaik buat kami sekeluarga..


Amin..

No comments:

Post a Comment