Saturday, March 9, 2013

Tidak baik bersangka buruk...


Dalam hidup ni kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.

Pernah dengar tak cerita seorang bapa dan anak lelakinya membawa seekor keldai? Naik salah, xnaik pun salah.

Jadilah diri sendiri. Itu adalah lebih baik. Asalkan niat dihati ini baik. Jika ada manusia yang masih ingin berprasangka buruk, biarlah mereka dengan labunya.

Namun, tidak salah juga untuk menegur. Masing2 ada kelemahan. Teguran diperlukan untuk lebih maju. Sukar menerima teguran adalah satu kelemahan yang amat merugikan. Tak semestinya perlu turuti setiap teguran. Namun jika teguran itu ada benarnya, tidak salah untuk terima bukan? Buka hati. Buka minda.

Namun ini juga bukan platform untuk individu lain untuk terus berprasangka buruk. Jika ada terselit perasaan tidak puas hati, adalah lebih baik berterus terang, supaya mereka dapat menjelaskan keadaan sebenar. Jika tiada keberanian untuk berdepan, mohon telan perasaan negatif itu dan jgn dipendam. Hati kalian akan bertambah busuk n hitam jika dibiarkan.

Wednesday, February 20, 2013

Kau pergi...

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum..





Mungkin sudah tiba masanya..
Mungkin inilah takdirnya...
Suratannya..
Kehilangan yang tiada gantinya..

Mak dah puas menderita..
Hatinya...
Fizikalnya..
Allah lebih sayangkan mak..

Kami redha dalam keterpaksaan..
Apa yang ditulis Nya, itulah yang terbaik..
Titisan air mata takkan mampu mengembalikan mak
Hanya titipan doa yang mengirinya pemergiannya..

Mak seorang wanita yang tabah
Hanya seorang surirumah..
Tidak berpelajaran tinggi..

Namun,
Jasanya tidak ternilai..
Kasihnya tidak berbelah bagi..

Pemergiannya amat perit untuk ditelan..
Sebak masih menebal di hati..
Kehadirannya amat dirindui..
Sesaat seakan-akan dia masih ada..
Rasa seperti baru semalam
Ku cium dahinya..
Ku hidu bau rambutnya..
Ku peluk tubuh lemahnya..
Ku kesat airmatanya...

Hanya ketabahan yang perlu dihati.
Untuk hadapi semua yang terjadi..
Lapangkan dada, tenangkan hati..
Kesat air mata..
Ukir senyuman di bibir..

Demi yang tersayang
Dah tiba masa untuk teruskan kehidupan
Capai cita-cita nya..
Impiannya..
Insya Allah..




Al-Fatihah...

Allahyarham Nor Aziah binti Awang
26 Mac 1961 - 5 Feb 2013

Moga mak aman di sana...
Ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertakwa



Jutaan terima kasih dari kami sekeluarga untuk saudara mara, sahabat handai, mahupun kenalan baru atas doa-doa kalian... hanya Allah mampu membalas segala jasa-jasa kalian..

Wednesday, January 30, 2013

Mak.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Terlebih dahulu, jutaan terima kasih atas segala doa dan keprihatinan kalian mengenai kes ibu kami. Maaf seribu kali maaf  kerana tiada kekuatan untuk menjawab segala persoalan kalian melalui facebook ataupun SMS.

Lebih baik jika saya jelaskan serba sedikit cerita ibu kami. cerita ini mungkin tidak lengkap. ini hanya dari aku. belum lagi dari bahagian kakak-kakak, abang-abang, adik-adik aku...

    

Februari 2011.

 Masih teringat lagi, ketika itu aku masih lagi mengandung. Mak mula sedar terdapat ketulan sebesar guli dibahagian bawah ketiak tetapi bukan di payudara. Itu pun kerana mak selalu sakit-sakit di bahagian tersebut. Atas desakan kami, mak ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Biopsi dilakukan, dan keputusan akan keluar hanya sebulan selepas itu.
 
 
Mac 2011.
 
Appointment di hospital putrajaya, untuk review result biopsi. Failed. Doktor gagal mengesan kerana tiap kali doktor nak 'cucuk' ketulan tersebut untuk sampel, ketulan tersebut seakan2 lari. Biopsi ke dua dilakukan, kali ini dengan kehadiran 3 orang doktor. Seorang doktor akan memegang ketulan tersebut, seorang memegang scan, seorang lagi mengambil sampel. Menunggu lagi 1 bulan untuk keputusan biopsi.... mak dah semakin sakit, terasa ketulan tersebut seakan-akan membengkak akibat kerap di ambil sampel..
 
 
April 2011.
 
 
Sah. Mak disahkan menghidapi barah payudara. ketika itu hanya di stage 2+, hampir ke stage 3. Pada mulanya, mak dinasihatkan untuk remove keseluruhan bahagian kanan payudara untuk mengelakkannya merebak. kami semua bersetuju.
Namun, di akhir keputusan, doktor bercadang untuk mulakan chemotherapy terlebih dahulu, kononnya untuk 'menyelamatkan' mak dari 'hilang' sebelah payudara. Aku? hesitate. tapi terpaksa akur. aku bukan doktor. Ketika ini, ketulan mak sudah semakin besar. Agak kurang bernasib baik kerana sel mak adalah sel aktif.
 
 
Mei - Ogos 2011.
 
Dalam proses chemo. tiada perubahan. malah semakin melarat. daripada sebesar biji guli, sekarang menjadi sebesar bola tenis. dan berat seperti batu. bayangkan mak mengendong batu ke hulu hilir. sakit. Mak merayu supaya pembedahan dilakukan segera. mak kerap menangis menahan sakit. mak menangis merayu kepada doktor, untuk buang semuanya...
Pembedahan dilakukan. i was there. alhamdulillah Allah berikan aku kudrat untuk menemani mak sepanjang tempoh mak di hospital walaupun aku sudah sarat mengandung. ke hulu hilir aku bawak beg baby, just in case aku nak terberanak.
 
 
September 2011.
 
dalam tempoh recovery. aku pulak terberanak. ada cahaya kegembiraan terselit di celah kedukaan. alhamdulillah.
 
 
******
2012.
 
 
Hari demi hari mak lalui. chemo diteruskan. radiotherapy juga di beri. sedikit kegembiraan dirasai pertengahan tahun lepas (2012) ketika keputusan ct scan mak menunjukkan sel kanser mak semakin mengecut.
 
Tetiba mak terasa sakit yang amat sangat di kawasan yang telah di buang. doktor sahkan, kanser mula merebak kembali. doktor mulakan chemo. radiotherapy. macam2.. semakin melarat. timbul ketulan seperti bisul di kawasan tersebut. doktor kata bisul saja, dan tiada apa-apa tindakan di ambil. hanya memberi morfin sebagai penahan sakit. ya, morfin. mual, muntah-muntah, lemah badan mak bila morfin di ambil. jadi, doktor tukar kepada ubat yang lain. sakit tetap sakit...
 
ketulan tersebut akhirnya mengeluarkan darah. mak dikejarkan ke hospital. ketulan tersebut di remove dari badan mak, dan mula episod lain untuk mak...
 
luka tidak dijahit, dibiarkan terbuka, untuk membiarkan darah kotor habis keluar. bandage terpaksa ditukar hampir 4 5 kali sehari. ya Allah, azab nya mak.
 
 
******
 
22 Januari 2013.
 
Mak kirim SMS. "Mak di hospital. Jangan risau. Mak lemah, susah nak nafas je"
Hati celaru. Tapi mendoakan yang terbaik.
 
 
23 Januari 2013.
 
Pagi-pagi lagi aku telefon kak ida, kakak ipar aku. kak ida, maklumkan paru-paru kanan mak dah rosak. sebab tu mak sesak nafas. mak akan terpaksa bergantung dengan oksigen untuk survive. hampir petang, alang telefon. dengan nada yang sebak, alang cuma cakap "balik umah ari ini boleh?' hati seakan faham, aku iyakan.
 
Tiba di hospital tepat pada jam 930mlm. hati sayu melihat mak dengan topeng oksigen. lemah.
Sedih bila mak cakap, "yana.. mak tau ada something yang abah dan anak-anak mak sembunyikan.."
Aku jujur. masa tu aku tak tahu. seboleh-bolehnya aku tak sanggup nak tahu.
 
Pulang ke rumah, kak ida buka cerita. Doktor maklumkan mak di stage 4. stage di mana, tiada ubat boleh selamatkan mak.
 
"bahagiakan dia di saat-saat ini" itu ayat terakhir doktor. ya Allah...
 
 
******
 
Mak berjaya di bawa pulang, dan doktor bersetuju meminjamkan alat-alat oksigen untuk mak. dapat lah mak jumpa cucu-cucu dia..
 
Sehingga hari ni mak masih bertahan.. mak kuat. alhamdulillah.
Kami masih cuba senyum, gelak-gelak hiburkan hati mak.
Luka mak semakin kering, selera mak semakin baik. walaupun tak banyak, tapi ada peningkatan.
 
Mak ok? Tak, Mak tak ok. Jadi tolong jangan tanya, mak ok x?
Apa yang harus aku jawab.
"ya. mak ada kanser tahap terakhir, doktor kata tak boleh diselamatkan, dan mak ok dengan semua itu?"
 
mak tak ok.
 
Mak menghitung hari. Namun kami tetap yakin pada Allah. Allah yang tetapkan ajal maut kita. bukan doktor.
 
 
Mak, bertahan ye...

*mak berpeluang bercuti ke cameron highlands tahun lepas. ceria je muka mak masa ni :)   


Wednesday, January 23, 2013

Developmental Dislocation of Hip (DDH)

Lebih kurang 2 minggu lagi sebelum Athirah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan DDH. Yes. Athirah adalah salah seorang kanak-kanak/bayi yang mengalaminya. I won't say a disease, because it is not. Hanya kekurangan, I would say.

Let's skip the drama.

Ape DDH? tak pernah dengar pun kan? well, same here. sangat tergamam apabila doktor gtau kaki kanan terkeluar dari soket pinggul. 


Developmental Dysplasia of the Hip or DDH is generally the preferred term for babies and children with hip dysplasia since this condition can develop after birth. DDH is a medical term for general instability, or looseness, of the hip joint. Doctors use a number of different terms for hip dysplasia depending on severity and time of occurrence. These names include:
  • Hip Dysplasia
  • Developmental Dislocation of the Hip (DDH)
  • Hip Dislocation
  • Developmental Dysplasia of the Hip (DDH)
  • Acetabular Dysplasia
  • Congenital Dislocation of the Hip (CDH)
The term Congenital Dislocation of the Hip (CDH) tends to refer to a defect where something is missing or added to normal tissues. In the case of DDH, the infant/child’s joint is otherwise normal except for the instability.

human hip joint as it should appearSubluxation when the ball is not aligned properly with the socket. A mild form of hip dysplasiaLow Dislocation when the ball is just outside of the socket. A more serious form of hip dysplasia. High dislocation - the ball is completely removed from the hip socket. A severe form of hip dysplasia.

refer gambar atas. based on athirah's xray, aku tgk aku dah hampir ke high dislocation. sedih kan? hati ibu mana yang xsedih....

apa punca nya? remain unknown. here's the fact.

The exact cause(s) are not known. However it is widely believed that hip dysplasia is developmental. This is because hip dysplasia is known to develop around the time of birth, after birth, or even during childhood. This is also why hip dysplasia is often referred to as developmental dysplasia of the hip (DDH).

ramai berpendapat ianya genetik. well, tiada sejarah keluarga kami mengalami DDH. mungkin ini cara Allah nak uji kami. kami redha.

nak cerita panjang2, aku bukan doktor. aku study thru google je. 

pendek cerita, 7 februari ni, athirah dijadualkan untuk pembedahan di ppum. pembedahan yang macam mana? macam ni..

1. Athirah akan dibawa masuk ke operation theatre (OT) dan diletakkan di bawah xray. berpandukan imej di xray, our paediatric orthopaedic expert, Prof Saw Aik, akan tarik tulang kaki kanan (tanpa bedah) dan cuba masukkan kembali ke dalam soket tulang pinggulnya. jika berjaya, athirah akan terus dipakaikan simen selama 6 minggu hingga 3 bulan.

2. Jika tidak berjaya memasukkan tulang kaki Athirah, Prof Saw Aik akan bedah kaki Athirah - for a clearer version. Jika soket pinggul tersumbat, akan dicuci terlebih dahulu, dan seterusnya cuba untuk memasukkan tulang kaki kanan kembali.

3. Jika masih tidak berjaya - kemungkinan akibat "ball" tulang kaki sudah membesar, tidak muat untuk dimasukkan ke soket, mereka akan 'bentuk'kan kembali "ball" tulang kaki supaya muat untuk dimasukkan ke dalam soket. Ini adalah peringkat yg lebih radikal di mana tulang akan ditarik dgn lebih kuat supaya benar-benar masuk ke soket. seterusnya akan diikat dan dipasang simen. 


Follow up akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga Athirah berusia 16 tahun untuk memantau tumbesaran tulang kaki athirah. Untuk beberapa bulan selepas pembedahan, dimaklumkan kadar tumbesaran kaki athirah dikhuatiri akan semakin perlahan sepanjang proses bersimen tu. selepas simen dibuka, insya Allah, semua akan kembali ke sedia kala..


Ok, rasanya cukup dari medikal. tak perlu menulis dari segi perasaan. tak cukup ruang nak meraung-raung kat sini.. tak pe la. 

insya Allah, akan di update gambar-gambar atau status athirah.. 


hanya kami sekeluarga mengharap doa dari kalian, semoga pembedahan kali ini berjalan dengan lancar, speed recovery, dan my baby girl dapat berjalan dengan baik sekali..


amin...