Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Terlebih dahulu, jutaan terima kasih atas segala doa dan keprihatinan kalian mengenai kes ibu kami. Maaf seribu kali maaf kerana tiada kekuatan untuk menjawab segala persoalan kalian melalui facebook ataupun SMS.
Lebih baik jika saya jelaskan serba sedikit cerita ibu kami. cerita ini mungkin tidak lengkap. ini hanya dari aku. belum lagi dari bahagian kakak-kakak, abang-abang, adik-adik aku...
Februari 2011.
Masih teringat lagi, ketika itu aku masih lagi mengandung. Mak mula sedar terdapat ketulan sebesar guli dibahagian bawah ketiak tetapi bukan di payudara. Itu pun kerana mak selalu sakit-sakit di bahagian tersebut. Atas desakan kami, mak ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Biopsi dilakukan, dan keputusan akan keluar hanya sebulan selepas itu.
Mac 2011.
Appointment di hospital putrajaya, untuk review result biopsi. Failed. Doktor gagal mengesan kerana tiap kali doktor nak 'cucuk' ketulan tersebut untuk sampel, ketulan tersebut seakan2 lari. Biopsi ke dua dilakukan, kali ini dengan kehadiran 3 orang doktor. Seorang doktor akan memegang ketulan tersebut, seorang memegang scan, seorang lagi mengambil sampel. Menunggu lagi 1 bulan untuk keputusan biopsi.... mak dah semakin sakit, terasa ketulan tersebut seakan-akan membengkak akibat kerap di ambil sampel..
April 2011.
Sah. Mak disahkan menghidapi barah payudara. ketika itu hanya di stage 2+, hampir ke stage 3. Pada mulanya, mak dinasihatkan untuk remove keseluruhan bahagian kanan payudara untuk mengelakkannya merebak. kami semua bersetuju.
Namun, di akhir keputusan, doktor bercadang untuk mulakan chemotherapy terlebih dahulu, kononnya untuk 'menyelamatkan' mak dari 'hilang' sebelah payudara. Aku? hesitate. tapi terpaksa akur. aku bukan doktor. Ketika ini, ketulan mak sudah semakin besar. Agak kurang bernasib baik kerana sel mak adalah sel aktif.
Mei - Ogos 2011.
Dalam proses chemo. tiada perubahan. malah semakin melarat. daripada sebesar biji guli, sekarang menjadi sebesar bola tenis. dan berat seperti batu. bayangkan mak mengendong batu ke hulu hilir. sakit. Mak merayu supaya pembedahan dilakukan segera. mak kerap menangis menahan sakit. mak menangis merayu kepada doktor, untuk buang semuanya...
Pembedahan dilakukan. i was there. alhamdulillah Allah berikan aku kudrat untuk menemani mak sepanjang tempoh mak di hospital walaupun aku sudah sarat mengandung. ke hulu hilir aku bawak beg baby, just in case aku nak terberanak.
September 2011.
dalam tempoh recovery. aku pulak terberanak. ada cahaya kegembiraan terselit di celah kedukaan. alhamdulillah.
******
2012.
Hari demi hari mak lalui. chemo diteruskan. radiotherapy juga di beri. sedikit kegembiraan dirasai pertengahan tahun lepas (2012) ketika keputusan ct scan mak menunjukkan sel kanser mak semakin mengecut.
Tetiba mak terasa sakit yang amat sangat di kawasan yang telah di buang. doktor sahkan, kanser mula merebak kembali. doktor mulakan chemo. radiotherapy. macam2.. semakin melarat. timbul ketulan seperti bisul di kawasan tersebut. doktor kata bisul saja, dan tiada apa-apa tindakan di ambil. hanya memberi morfin sebagai penahan sakit. ya, morfin. mual, muntah-muntah, lemah badan mak bila morfin di ambil. jadi, doktor tukar kepada ubat yang lain. sakit tetap sakit...
ketulan tersebut akhirnya mengeluarkan darah. mak dikejarkan ke hospital. ketulan tersebut di remove dari badan mak, dan mula episod lain untuk mak...
luka tidak dijahit, dibiarkan terbuka, untuk membiarkan darah kotor habis keluar. bandage terpaksa ditukar hampir 4 5 kali sehari. ya Allah, azab nya mak.
******
22 Januari 2013.
Mak kirim SMS. "Mak di hospital. Jangan risau. Mak lemah, susah nak nafas je"
Hati celaru. Tapi mendoakan yang terbaik.
23 Januari 2013.
Pagi-pagi lagi aku telefon kak ida, kakak ipar aku. kak ida, maklumkan paru-paru kanan mak dah rosak. sebab tu mak sesak nafas. mak akan terpaksa bergantung dengan oksigen untuk survive. hampir petang, alang telefon. dengan nada yang sebak, alang cuma cakap "balik umah ari ini boleh?' hati seakan faham, aku iyakan.
Tiba di hospital tepat pada jam 930mlm. hati sayu melihat mak dengan topeng oksigen. lemah.
Sedih bila mak cakap, "yana.. mak tau ada something yang abah dan anak-anak mak sembunyikan.."
Aku jujur. masa tu aku tak tahu. seboleh-bolehnya aku tak sanggup nak tahu.
Pulang ke rumah, kak ida buka cerita. Doktor maklumkan mak di stage 4. stage di mana, tiada ubat boleh selamatkan mak.
"bahagiakan dia di saat-saat ini" itu ayat terakhir doktor. ya Allah...
******
Mak berjaya di bawa pulang, dan doktor bersetuju meminjamkan alat-alat oksigen untuk mak. dapat lah mak jumpa cucu-cucu dia..
Sehingga hari ni mak masih bertahan.. mak kuat. alhamdulillah.
Kami masih cuba senyum, gelak-gelak hiburkan hati mak.
Luka mak semakin kering, selera mak semakin baik. walaupun tak banyak, tapi ada peningkatan.
Mak ok? Tak, Mak tak ok. Jadi tolong jangan tanya, mak ok x?
Apa yang harus aku jawab.
"ya. mak ada kanser tahap terakhir, doktor kata tak boleh diselamatkan, dan mak ok dengan semua itu?"
"ya. mak ada kanser tahap terakhir, doktor kata tak boleh diselamatkan, dan mak ok dengan semua itu?"