selalu rasa nak jadi bintang. cantik. tapi tinggi sangat. tak rasa dapat mencapai. hanya termampu merenungnya tiap2 malam. apa yg difikirkan? tiada apa. sekadar termenung.
bukan ingin menjadi bulan. bulan ada satu. terlalu menonjol. semua mata tertumpu ke arahnya. tapi sekadar ingin menjadi salah satu bintang yg kecil. satu dalam sejuta. tidak menonjol. tapi CUBA menonjol. terang2 mana pun, kita hanya melihat satu titik kecil. jarang sekali kita sedar akan nya. hanya melihat sekelompok titik2 bercahaya. jarang ada yg merenung salah satunya.
ingin jadi bintang. tidak perlu bersusah payah. hanya perlu bersinar. orang sedar atau tidak, bukan masalah. ia rasa bahagia.
hidup ini payah kalau ingin dinilai. tak semudah yang disangka. bahagia singgah sekejap cuma. jika menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri, memang jarang ada masalah. tapi sanggupkah memikirkan kita yang jadi masalah pada orang lain? jika terlalu baik hati, susah nak gembira. tapi sanggupkah kita hidup dengan masalah orang lain?
kenapa asyik perlu memikirkan hal orang lain sedangkan diri kita terabai? kenapa harus menjaga hati semua pihak sedangkan hati kita dihiris? bahagiakah?
aku rasa aku bahagia. menjaga hati semua. orang lain gembira, aku gembira. tapi kadangkala datang juga rasa ingin digembirakan.
bukan ingin mengeluh. tapi sudah bosan dengan drama2 disekeliling. berulang2 tanpa henti. baru fikir ianya sudah reda, namun tidak. kenapa manusia tidak ingin berubah? kenapa mereka terlalu ego untuk mengaku salah? kenapa mereka mudah hilang pedoman bila ujian datang menduga? bukannya ujian yang berlainan. tapi ujian yang sama. senario yang sama. kenapa mereka tidak pernah mengambil iktibar dari setiap peristiwa. kenapa mereka masih ingin melakukan kesilapan demi kesilapan yang sama? tidak pernah kan mereka terfikir apa punca di'kurnia'kan ujian sebegitu? tidak pernahkah mereka terfikir? kenapa harus ikut amarah? apa yang mereka dapat dari amarah mereka? aku penat. aku penat menjadi tempat mengadu. bukan tidak ingin membantu, tapi aku bosan dengan senario ini. senario yang tidak berubah ini.
aku sedar tanggungjawab aku. aku perlu berada di sisi mereka, susah atau senang. itu tanggungjawab aku sebagai manusia. sebagai anak. sebagai adik. sebagai kakak. tapi pernahkan mereka terfikir tanggungjawab mereka terhadap aku?
mereka manusia. insan biasa. tidak terlepas dari saat suka dan duka. tapi superman kah aku? bukan. aku juga manusia biasa. juga punya saat suka. saat duka. tapi di mana mereka di saat ku berduka? kenapa harus aku sahaja yang perlu memahami mereka?
aku ingin jadi bintang..
ketara tapi tidak ketara..
biasa tapi bukan biasa..
menonjol tapi tidak menonjol..
how i wonder what u r..
No comments:
Post a Comment