alhamdulillah..
segala masalah yang menghantui sudahpun selesai. cuba menarik nafas lega. namun sesak akhirnya. kenapa hati masih tidak gembira. selalu tertanya.
hari ini aku sedar, tak semua yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar. tak semua akan berhasil. semua ini akan menambah parah di hati.
sudah berbulan lemas dengan masalah. berbulan berteman air mata. kini aku cuba kembali bernafas. payah. sakit. kenapa? ntah.
ada saja yang menghalang. kenapa setiap keputusan perlu mempertimbangkan semua perkara? walaupun keputusan yg tidak la begitu penting. kenapa tidak sesekali kita ikut gerak hati? tidak penat kah asyik berfikir?
ingin bercuti konon untuk merehatkan minda, misalnya. tapi untuk bercuti itu pun perlu membuat pelbagai keputusan.
mahu pergi ke mana?
bila?
naik kereta atau apa?
dah bayar deposit ke lom?
cukup ke duit makan?
duit belanja?
nak shopping?
tambang?
walaupun untuk perkara yang remeh.
mahu pakai baju ape?
nak bawak berapa helai?
syampu nak letak dalam botol mane?
nak pakai beg ape?
itu baru perancangan. belum masa di sana.
dah sampai nak amek cab ke sewa kete?
malam ni nak makan mane?
dan pelbagai pertanyaan. bercuti kah itu? merehatkan minda kah itu?
semua ini membuatkan aku terfikir. tidak kah mereka penat. memang la tak fikir langsung melembabkan otak. tapi takkan xde rase sesekali nak buat sesuatu tanpa perlu berfikir panjang?
bagi aku. aku penat. aku sememangnya penat. aku terlalu tertekan 2 3 bulan ni. aku perlukan sesuatu yang hanya perlu menurut kata hati. i need to fulfil my need. n i need to not thinking! for once! thats all.
tapi susah. sbb tu aku kate, aku masih tidak boleh bernafas. kerana aku sedar. kalau semalam setel masalah aku, aku pasti, dalam minggu ini pasti ada masalah baru. aku cuma mahu ambil kesempatan sementara masalah baru masih belum muncul, aku ingin merasa menarik nafas lega. tapi rasenya sudah mustahil. masalah baru sudahpun muncul... masalah yg rasa akan memakan lebih lama masa.. aku sudah cukup tertekan. mampu kah aku hadapinya..
aku perlu kekuatan.. itu saja...
-- n still, aku masih tidak bernafas --
moral of the story?
ReplyDeletetidur kat umah.
eh..kena pikir gak.
pintu dah kunci belum.
nak tidur berapa jam.
nak set alarm.
nak sure bilik sejuk sket.
huhuhuhu...
haha tu la pasal. semua bende kene pike walau sebesar kuman sekalipun. lupe kunci pintu, efek die besar. kot2 penyamun datang melawat ;-)
ReplyDelete