dalam setiap tawa, pasti ada tangisan
dalam setiap suka, pasti ada duka
dalam setiap senyuman, pasti ada air mata..
menitis air mata ku subuh ini bila tangan di tadah tanda kesyukuran.. terima kasih Allah kerana mengizinkan hamba mu ini untuk bernafas setahun lagi.. syukur ke hadrat Mu kerana memberikan hadiah terbaik untuk hamba Mu yang hina ini..
air mata menitis lagi ketika ku usap perut ini.. terima kasih sayang atas hadiah ini. kaulah permata hati ibu. kaulah pengubat luka di hati ibu. tidak sabar ibu mahu mendukung kamu.. mengucup dahi kamu.. memeluk kamu sayang..
namun, air mata tetap menitis pabila terkenang saat hari lahir ku rasa kesunyian.. ku lihat kiri kanan.. keluargaku berkumpul.. walaupun mereka tahu siapa aku, buruknya aku, mereka tetap menerimaku.. dan kini mereka sedaya upaya menghiburkan hati kecil ini supaya menikmati hari lahirku.. terima kasih mak.. terima kasih abah.. terima kasih semua..
mak, jika yana diberikan hanya satu hajat yang pasti ditunaikan, tiada apa lagi yang mampu yana minta.. kalian sudah banyak berkorban untuk diri ini..
Ya Allah, kau sembuhkan lah ibu ku dari barah itu.. sudah cukup musibah yang menimpa keluarga ini.. terlalu banyak ujian kau beri pada ibu ku.. tidak ku nafikan, ibu ku tidak sempurna. namun, ibu ku lah insan paling tabah yang aku pernah jumpa.. satu persatu dugaan Kau berikan pada ibu.. ibuku berjaya atasi walau terdapat banyak kelemahan dalam setiap tindakan nya.. hati ku terguris di kala ibu ku melafazkan berita mengenai barah yang dihidapi nya. ku lihat air mata nya bergenang tanpa gugur ke pipi.. Ya Allah, sungguh tabah wanita ini.. kau berikanlah ibu ku kekuatan.. kau berikanlah ibu ku kebahagiaan dunia dan akhirat... ku masih menangis mengenangkan nasib ibu ku..
alhamdulillah.. ku bersyukur pada Mu atas kesihatan yang kau berikan ini di hari lahirku.. mungkin sudah tiba waktunya untuk aku belajar untuk senyum kembali.. ku lihat dia sudah senyum.. air mata tolong berhenti.. hati ini sudah penat menangis untuknya.. sudah penat menangis mendoakan dia kembali.. dia sudah tidak peduli..
sudah la hati ku.. jangan kau tangisi lagi.. fikirlah anak dalam kandungan mu ini.. pasti dia juga merasakan apa yang kau rasakan.. adakah kau mahu anak ini sentiasa dalam kesedihan..? adakah kau mahu anak ini juga mudah menangis..? anak ini mengerti apa isi hati ibunya.. tidakkah kau mahu anak ini gembira dengan kehadirannya?
ibu gembira kamu ada sayang.. ibu tidak pernah berhenti berdoa, sudah cukup cinta ibu Allah ambil, jangan kamu pula yang diambil dari ibu.. ibu sudah tiada apa.. kamu saja yang buat ibu kuat sayang..
malam makin menyusul.. ku susuli dengan lafaz syukur.. syukur ke hadrat Mu kerana mengizinkan lagi aku bernafas.. menghirup udara Mu.. menikmati dunia Mu..
aku bersyukur, doa ku termakbul.. aku mohon kekuatan.. tanpaku sedar, Kau telah berikannya padaku.. jika aku tidak kuat, masakan aku masih di sini melafaz syukur pada mu..
ampun kan aku ya Allah..
kerana pernah menangis mempersoalkan mengapa ujian demi ujian Kau beri padaku..
aku bersalah pada Mu..
aku sepatutnya bersyukur.. kerana tanpa sedar Kau telah berikan segala-galanya padaku..
Kau berikan ku peluang untuk menjadi seorang anak.. seorang isteri.. seorang ibu..
Kau berikan ku keluarga yang menyayangi diriku walau siapa diri ku yang sebenar..
Kau berikan ku teman-teman yang sentiasa berada di sisi aku di kala kesusahan..
Kau berikan ku rasa indahnya erti cinta sebenar..
Kau berikan aku ketabahan yang aku sendiri tidak pernah rasai..
Dan tidak semua wanita kau berikan peluang itu.. aku bersyukur pada Mu Allah atas segala nikmat yang Kau berikan.
Alhamdulillah...
sayang,
yanna..
No comments:
Post a Comment