semua orang punya impian. impian tipikal bagi seorang gadis: nak ada suami yang baik, anak yang comel, rumah sendiri, kereta sendiri dan kerjaya yang baik.
tapi bila usia mematangkan fikiran, kami terpaksa terima kenyataan. tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. ada yang dapat suami yang baik, rumah, kereta, dan kerjaya, tapi gagal dapatkan anak. ada yang ada semua tapi gagal dapatkan suami yang baik. ada yang ada suami yang baik dan anak yang comel, tapi tiada rumah, kereta mahupun kerjaya.
terima lah kenyataan tidak semua yang kita impikan, boleh kita miliki. aku juga masih cuba menerima kenyataan cinta hati sudah berpaling. sakit. memang sakit. walaupun cuba kuat, tidak dinafikan masih menantikan panggilan seseorang bertanyakan hal diri ini.. namun hampir sebulan, panggilan itu tidak pernah kunjung tiba.
dia nampaknya bahagia tanpa aku di sisi. alhamdulillah. cepat Allah makbulkan doa ku. walaupun begini, aku masih seorang isteri yang tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan suaminya. maka, jika tanpa diri ini, aku lihat dia bisa lebih bahagia, aku harus terima mungkin ini lah takdirnya. namun, mengapa hati ini masih sukar menerimanya? ianya terlalu pahit untuk ditelan..
aku cuba hiburkan diri sendiri. aku tipu diri sendiri. aku lihat dia gembira. aku lihat dia sudah tidak peduli lagi. kenapa aku harus bersedih? bukankah ini doa aku? ingin melihat dia bahagia.. mungkinkah sepatutnya aku doakan supaya dia gembira di samping aku? bukankah sepatutnya aku bersyukur kerana dia sudah gembira semula?
ku usap perut ku. sabar ya sayang. kamu tetap cinta hati ibu. kamu lah satu-satunya perkara terbaik yang pernah terjadi pada ibu. ibu bukan orang senang. boleh dapat apa yang ibu nak. ibu bukan anak manja. apa saja yang diminta pada ibu bapa, bisa ditunaikan. tidak semua yang ibu nak, ibu dapat. babah dan kamu adalah satu-satunya apa yang ibu nak, dan ibu berjaya peroleh. ibu bersyukur :)
namun impian tetap impian. ingin bina keluarga sendiri. haruskah aku kuburkan sahaja impian ini atau terus bermimpi?
hati berkata teruskan bermimpi.. mungkin dia masih sayang padamu...
akal berkata biarkan ia tinggal mimpi.. mungkin di hatinya, namamu, sudah tiada lagi...
Ya Allah.. Kuatkanlah hati ini..
Untuk mencari jalan keluar dari ujian ini..
No comments:
Post a Comment