sbb saya xde clue langsung siapa diri anda esp anda membahasakan diri saya 'kak yana'. saya banyak adik angkat, n sbb kurangnya budi bahasa anda, saya rasa sbg 'kakak', saya patut tegur anda.
utk pengetahuan anda, bila seseorang menulis blog, x semestinya luahan hati. rasanya nk post lagu ni, xdosa kan? bukan utk diri sndiri, mungkin utk sapa2 di luar sana yg rasa hopeless. n bile bace lirik ini, diharap supaya mereka ada kekuatan or semangat balik.
kita nyanyi lagu putus cinta, xsemestinya kita sedang putus cinta. tapi mungkin sbb lagu nya sedap n menyentuh jiwa, lirik pun bagus, x salah jika dikongsi bukan? xkan la lagu legenda ini hanya boleh diminati oleh orang yg putus cinta sahaja? boleh tak anda berfikir dengan lebih matang n mendalam? 'kakak' tau awak boleh :)
sebelum ini saya ade letak words mengenai 'let go'. post itu saya terpaksa hidden kan post kerana saya kenal insan yg komen post tersebut even die juga 'anonymous'. berikut adalah petikan kata2 yang saya dapat di mana2 ntah n kata2 tersebut jika direnung dan dicari makna tersirat bukannya tersurat, tak semua boleh faham.
"there comes a time in life when you have to let go of all the pointless drama and the people who create it and surround yourself with people who make you laugh so hard that you'll forget all the bad things that ever happen and focus solely on the good.
After all, life is too short to be anything but HAPPY"
After all, life is too short to be anything but HAPPY"
terpulang kepada sesiapa nk tafsirkan. bagi pemahaman saya, tersurat ialah tinggalkan insan2 yg bg anda sedih dan hidup bersama orang yg buat anda happy. simple.
tersirat? apa yg saya nampak mengenai kata2 ini?
hidup kita walaupun singkat namun penuh dgn suka duka. dan suka duka tersebutlah yang buat kita matang dan makin menghargai hidup kita. suka duka inilah yang buat kita bersyukur. tanpa duka, kita tak kenal erti suka. walaupun kata2 di atas menekankan perkataan 'let go', adakah ia bermaksud lepaskan insan yg buat kita sedih? bagi saya tidak. bagaimana kita tau die hanya buat kita sedih saje? anda tak pernah ke rasa happy dgn die?
saya lebih selesa, menafsirkan let go tersebut ialah lepaskan segala kenangan pahit, dan buat kenangan baru yg manis. dan utk buang kenangan pahit, xsemestinya kita kena buang orang yg penting dalam hidup kita. kerana dia lah kita pernah tersenyum. kerana die la yg tahu apa yg buat kita gelak. takkan lah hanya kerana beberapa 'worst time', kita nak lepaskan dia. apatah lagi jika hati ini sangat cintakan dia? kita nak lepaskan satu2nya cinta kita? mungkin bagi sesetengah orang senang lafazkan kata 'goodbye'. salah sikit, goodbye. terlanjur kata, goodbye. mungkin itu sebenarnya yang dia mahu, hanya perlu mencari 'point' saja.
tapi bukan saya. saya jatuh hati sejak umur 14 tahun. sejak itu, saya tak pernah buka hati pada insan lain. walaupun saya putus cinta dulu akibat dipermainkan, namun saya lepaskan cerita itu, dan hidup bersama impian untuk hidup bersama beliau walau tiada khabar berita. lebih 10tahun saya cinta pada seorang itu saja. takkan hanya kerana drama sedih, saya perlu lepaskan dia? kenapa tidak saya lepaskan saja drama tersebut? jika ibu kita buat kita sedih, adakah kita perlu tinggalkan mereka?? tidak bukan? kerana mereka penting dalam hidup kita. dan insan2 begini lah yang tanpa sedar, mengajar kita jadi seorang insan.
adik,
seseorang selalu cakap camni kat saya.. 'awak tu nak dengar apa yang awak nak dengar saja'.. tapi awak mungkin tak sedar, awak yang nak dengar apa yg awak nak dengar saja. saya tak pernah maksudkan halau laki ke ape ke.. tapi awak fikir secara kasar saja. awak tidak kenal saya untuk judge diri saya. awak juga tidak tau cerita sebenar oleh itu awak tidak berhak utk buat penilaian atas diri saya.
buat masa ini, saya maafkan awak. mungkin awak masih belum matang. orang kata apa ada pada umur. hanya angka. bukan menentukan matang atau tidak pemikiran seseorang.
adik,
Insya Allah kakak bakal bergelar ibu. akak bersyukur atas ujian yang Allah bagi ini, sebab itu lah yang seorang ibu perlukan untuk besarkan anaknya. KESABARAN. semua ini mengajar akak untuk tidak melatah dan cuba belajar bersabar atas kesilapan manusia lain. anak pasti akan buat kesilapan, dan kita sebagai ibu bapa mesti belajar tidak mudah melatah agar dapat bimbing mereka bangun dari kesilapan mereka.
kakak menderita beberapa bulan ini. kakak terlantar sakit kerana hasad dengki manusia, dan hati akak ibarat dihiris2 kerana ditinggalkan.. bukan yang meninggalkan. Kakak masih di sini, menanti. Tuhan saja yang tahu akak tak pernah putus asa doakan kebahagian kakak kembali lagi pada kakak, dan kami mulakan hidup baru. pernah akak rasa nak pergi jauh, membawa hati. but then, akak terfikir, akak lari beribu batu sekalipun, takkan mungkin dapat lari dari masalah kakak.
satu-satunya yang buat akak tersenyum di saat musibah ini, hanyalah ketika kakak usap perut kakak dan lihat gambar cinta kakak yang bakal lahir ini. dialah penguat semangat kakak untuk terus berdiri di sini.
oleh itu, adik, jangan sesekali menilai manusia lain.. kerana mereka tidak pernah menilai adik. jangan pernah ada buruk sangka pada manusia lain. mengerti lah, anda juga seorang manusia, juga tidak bisa lari dari kesilapan. kita sama-sama manusia. kakak pernah buat silap, dan akak mengakui nya. tidak jatuh harga diri seorang manusia itu, dengan meminta maaf seikhlas hati dan mengakui kesilapan nya.
adik,
terima kasih atas komen anda, kerana dengan komen anda lah buat saya terpanggil utk jelaskan segalanya. jika tidak saya hanya lebih memilih utk berdiam saja walaupun diserang bertubi2..
kepada kawan2 di luar sana, hargailah jika cinta di depan anda.. sedih sekali, jika masing2 tahu ada cinta, tapi dek kerana ego, mereka buang cinta mereka ke laut..
masjid yang dibina, terlalu rugi jika dirobohkan.. kepada yang berniat utk hancurkan masjid ini, sedarlah.. insaflah.
saya bukan alim. bukan nya mulia. malah nak ke surau pun susah sekali. tapi sekurang2 saya masih tahu hargai masjid ini. saya tidak pernah memperbodohkan orang, malah saya yg sebenarnya dilayan seperti orang bodoh. lawak hina selalu dilemparkan pada saya, namun saya masih tersenyum. kerana hormatnya saya pada mereka, mulianya mereka di mata saya. tapi saya yg tidak dihormati. seolah hina betul saya ini.. tapi saya masih tersenyum kerana mereka juga hanya manusia biasa.
salam sayang dari saya.
*maaf saya terpaksa ubah setting, hanya pemilik akaun google saja yang boleh komen. tiada lagi anonymous, kerana dgn menggunakan anonymous anda hanya mengundang fitnah. jadilah diri sendiri, kerana jika terdapat salah faham lagi, mungkin saya boleh jelaskan secara peribadi, bukannya umum seperti ini*
No comments:
Post a Comment